YeHeT23
fikiranku melayang Hello semua! Aku memang tak sangka sebab dalam beberapa hari sahaja lagi, aku akan menjejakkan kaki ke kolej idamanku hahaha Memang terbaik la sebab memang banyak halangan serta liku-liku yang terpaksa aku hadapi semasa nak mendaftar secara online dan juga semasa mengisi borang. Sebenarnya, inilah kali pertama aku akan menetap di asrama tapi tak la kisah sangat tentang makanan sebab makanan disediakan. Tambahan pulak, skill memasak aku kalah peserta MasterChef ahahahaha /penipu besar/. Tapi still, aku tetap rasa nanti kena juga belajar masak walaupun tak minat langsung. Apa lagi haaaa, hmmm ya, aku juga tengah fikir cara-cara untuk memahami kawan-kawan baru sebab tak ada seorang kawan aku pun yang akan masuk kolej dengan aku. Nanti aku akan jumpa budak-budak dari seluruh Malaysia dan akan ada la sikit2 "language barrier". Memang sure akan jadi lawak gila sebab aku pernah ada seorang kawan Terengganu dan dia cakap Terengganu dengan aku. Serius beb aku tak faham. hahahaha tapi aku still kawan baik dengan dia hahaha sebab dia cool gila !!! Aku tak sabar nak menghadapi hari-hari yang akan datang walaupun terpaksa bergelut dengan subjek-subjek yang gilakkk nanti. Aku harap dalam kesibukan yang dihadapi, aku masih mempunyai masa untuk orang-orang yang tersayang. p/s : TOLONG CORRECT BAHASA PASAR SAYA!!
Jun 17, 2014 11:36 AM