1. Jenis Kata Kalimah fi'il ( كَلِمَةُ فِعلٍ )
<em> Kalimah Fi'il</em><em> </em>atau Kata Kerja ialah sesuatu pekerjaan atau perbuatan dan sesuatu yang berhubungan dengan masa tertentu.
<em> Kalimah Fi'il </em>terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1. Kalimah Fi'il Ma di ( كلمة فعل الماضي )
2. Kalimah Fi'il Mudari' ( كلمة فعل المضارع )
3. Kalimah Fi'il Amr ( كلمة فعل الامر )
1. Kalimah Fi'il Ma di ( كلمة فعل الماضي )
- ialah kata kerja yang menunujukkan sesuatu pekerjaan yang telah dilakukan atau boleh juga dikenali sebagai <em>past tense.
</em>Contoh: 1. telah belajar = تَعَلَّمَ
<em> </em>2. telah memukul = ضَرَبَ
<em> </em>3. telah menulis = كَتَبَ
2. Kalimah Fi'il Mudari' ( كلمة فعل المضارع )
- ialah kata kerja yang menunjukkan sesuatu pekerjaan yang dilakukan pada masa
sekarang atau akan datang. Ia juga dikenal sebagai <em>present tense</em> atau <em>future tense</em>.
Contoh: 1. tengah belajar = يَتَعَلَّمُ
2. tengah memukul = يَضْرِبُ
3. tengah menulis = يَكْتُبُ
3. Kalimah Fi'il Amr ( كلمة فعل الامر )
- ialah kata kerja yang menunjukkan permintaan untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau dikenali sebagai <em>imperative.</em>
Contoh: 1. belajarlah = تَعَلَّمْ
2. pukullah = اِضْرِبْ
3. tulislah = اُكْتُبْ